Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Pekerja Bestari adalah harapan bagi Malaysia yang menuju wawasan 2020. Untuk menjadikan setiap rakyat Malaysia agar menjadi pekerja bestari usaha perlu di jalankan. Usaha yang perlu di jalankan adalah usaha ke atas pemikiran dan keyakinan setiap rakyat Malaysia. Pemikiran dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kerja perlu di ubah. Kini kebanyakkan manusia dan khasnya rakyat Malaysia mempunyai pemikiran dan keyakinan yang salah terhadap kerja. Teruskan pembacaan »



Surat_Al_Baqarah
[36] Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari taman itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

[37] Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

[38] Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” Teruskan pembacaan »



Surat_Al_Baqarah

[36] Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari taman itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

[37] Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

[38] Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” Teruskan pembacaan »


Sunnah dan SunnatDengan izin Allah dalam artikel saya yang lepas, saya telah menerangkan tentang maksud Sunnah. Semua amalan Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai Sunnah. Sunnah adalah menjelaskan Quran. Kedua-dua Quran dan Sunnah daripada Allah. Quran adalah perkataan Allah yang menjelaskan keinginan Allah dan Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang diperintahkan oleh Allah bagi menjelaskan semua amalan yang sepatutnya di amalkankan oleh setiap orang Islam dalam usaha untuk menunaikan keinginan Allah. Dalam maksud yang lain, Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjelaskan Quran. Nabi Muhammad s.a.w telah tinggalkan orang Islam dengan Quran dan Sunnah dan sesiapa di kalangan orang Islam yang mengikut Quran dan Sunnah, mereka tidak akan sesat daripada jalan yang benar. Hadis adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang menerangkan Sunnah. Hadis boleh jadi hadis sahih atau boleh jadi hadis palsu tetapi tiada amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah Sunnah Palsu. Terdapat banyak Hadis  yang palsu dan orang Islam seharusnya tidak mengamalkan segala yang di nyatakan di dalam Hadis Palsu. Quran telah di tuliskan semasa zaman Khalifah Abu Bakar r.a setelah beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tetapi Hadis telah di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, mengapa terdapat banyak hadis palsu adalah kerana Allah tidak menjanjikan untuk memelihara hadis  sebagaimana Allah telah berjanji untuk memelihara kesucian Al-Quran. Teruskan pembacaan »


Sunnah dan Sunnat

Ramai umat Islam tidak sedar perbezaan antara Sunnah dan Sunnat. Ramai umat Islam berfikir bahawa dua perkataan ini adalah sama maksudnya. Ramai umat Islam mengetahui perkataan Sunnat tetapi terlalu sedikit yang mengetahui dan memahami perkataan Sunnah. Ramai umat Islam berfikir bahawa perkataan Sunnah juga bermaksud Sunnat. Apabila sesuatu yang di nyatakan Sunnah, ramai umat Islam berfikir bahawa Sunnah adalah Sunnat untuk di amalkan. Apabila satu amalan Sunnat maka ini bermaksud bahawa amalan tidak wajib atau tidak fardu untuk di amalkan oleh setiap umat Islam. Satu amalan yang Sunnat boleh jadi amalan tersebut adalah di galakkan atau sangat di galakkan untuk di amalkan. Ramai orang Islam yang lelaki mempunyai janggut kerana mereka percaya amalan berjanggut adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum menyimpan janggut adalah hanya Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Menurut masyarakat Islam di Negara India yang majoriti mengikut mazhab Imam Hanafi bahawa amalan berjanggut adalah wajib. Walaubagaimanapun, Hukum Wajib di dalam Mazhab Imam Hanafi adalah sama seperti Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan di dalam Mazhab Shafie. Sesetengah umat Islam memakai serban atau jubah kerana mereka percaya amalan adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimana pun ramai umat Islam yang tidak mengetahui apakah hukum memakai serban dan jubah. Hukum memakai serban dan jubah adalah hanya Sunnat yang tidak muakkad atau tidak di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Terdapat sesetengah umat Islam yang sangat mementingkan dalam memakai serban dan jubah tetapi mereka tidak mementingkan dalam mematuhi Sunnah yang Fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam. Teruskan pembacaan »



Surat_Al_Baqarah

[29] Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

[31] Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

[32] Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

[33] Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.

[34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

[35] Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. Teruskan pembacaan »

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,109 other followers